Wednesday, March 02, 2005

Lagu Al Quran Sheikh Abu Eneen Al Sheisha Qari Mesir.



Photo diatas ialah wajah QARI MESIR Sheikh Abu Eneen Al Sheisha.
Beliau ialah salah seorang Qari Mesir Legend, yang amat terkenal dengan bacaan al Quran berlagu atau apa yang disebut dengan sebutan TARANUM AL QURAN.


Pada hari ini, beliau maseh hidup lagi berusia lebeh kurang 83 tahun.

Beliau adalah seorang Qari yang tertua di Mesir.Beliau maseh hidup lagi walaupun sudah begitu lanjut usianya... lebeh kurang 83 tahun. Beliau pernah memberi nasihat dan pendapat kepada pembaca2 dan Qari2 al Quran tentang bagaimana seseorang itu seharusnya membaca al Quran. Qari Mesir itu berkata "Setiap bacaan haruslah dihayati dengan konteksnya. Jika ia mengenai langit, bacalah agar terpapar keindahan langit. Jika ayatnya mengenai bumi, turunkan suara hingga mendasar, membumi .... Bacalah Al-Quran agar anda sendiri rasa terharu". Itulah nasihat mutiara daripada Sheikh Abul Einein Sheisha, 83 tahun. ( Berita Harian - Singapura Nov 12 -2004 )

Walaupun sudah berusia 83 tahun, .... beliau masih kelihatan tampan, segak dan kuat. Keistimewaan beliau begitu terserlah kerana pandai melagukan Al-Quran sehingga menyentuh hati pendengar, lebih2 lagi mereka yang faham makna bacaan Al-Quran itu.


Diantara Surah2 al Quran bacaan beliau yang telah dirakamkan ke CD secara 'live' dan amat baik sekali bacaannya ialah surah Al Qassas, surah Al Imran, surah Qamar dan lain2.

Setiap kali beliau berhenti setelah habis membacakan sepotong ayat... para2 jemaah pendengar akan bergemuruh bersorak melaungkan nama Allah dengan bersemangat dan khusuk.

Diharap... peminat2 seni Taranum Al Quran dapat mendengarnya.

Ramai lagi QARI MESIR yang berkebolehan dan agak lebeh kurang setanding dengan beliau. Diantaraanya ialah QARI SHEIKH MOHAMMAD RIF'AT, QARI SHEIKH MUSTAFA ISMAEL, QARI SHEIKH SALAMAH dan lain2 lagi... Masing2 mempunyai gaya bacaan yang tersendiri dan berbedza-beza. Ini membantu para2 qari dan peminat2 seni LAGU AL QURAN untuk memilih gaya bacaan yang berbedza2 mengikut cita rasa dan selera masing2.

Lelaman web Sukarelawan Jemaah Iqra ada menyediakan berbagai2 contoh BACAAN AL QURAN BERLAGU dari bermacam2 QARI MESIR sebagai sedikit perbandingan didalam gaya2 bacaan al Quran.

Semoga maju jaya kepada semua peminat seni LAGU AL QURAN....