Sunday, February 20, 2005

Photo Qari Mesir Sheikh As Syed Mitwalli.

Kawan2 boleh lihat dan simpan Photo QARI MESIR yang hebat ini.
Beliau ialah SHEIKH AS SYED MITWALLI...




Aku mempunyai banyak koleksi CD dan Kaset2 bacaan Al QURAN ber LAGU dari QARI MESIR ini.
Apa yang aku tertarik pada bacaan TARANUM AL QURAN dari Sheikh ini ialah kebolehan beliau memperbagaikan bermacam2 burdah.

Beliau amat gemar membawa lagu RAST dan SIKAH didalam bacaannya.
Surah yang paling aku suka yang dibacakan oleh beliau ialah Surah Namli.
Aku memang suka menyimpan koleksi2 PHOTO QARI2 MESIR.
Terima kaseh kepada Sukarelawan Jemaah Iqra Singapura kerana kiriman2 Photo QARI2 MESIR kepada ku.

Monday, February 14, 2005

Qari Malaysia Hj Ismail Bin Hj Hashim.



Qari Malaysia- Hj Ismail bin Hj Hashim.

Siapa yang tidak kenal dengan QARI LAGENDA Negara Malaysia ini? Tentu peminat2 SENI LAGU AL QURAN di Singapura pasti kenal dengan beliau!

Aku juga amat minat dengan bacaan Al Quran ber Lagu yang dibacakan oleh beliau... terutamanya Surah Al Baqarah!

Semoga Tuhan mencucurkan rahmatNya keatas ruh beliau...Amin.